Isnin, 13 Julai 2009

Konsep-Konsep Penting

Pelabuhan entrepot
----Tempat yang menjadi pusat menerima barang-barang dagangan dari satu negeri untuk dikirim ke negeri lain.

Mulaqah
----Istilah Arab yang bererti ‘pertemuan’yang dikaitkan dengan asal –usul nama Melaka

Malakat
----Istilah yang diberi oleh pedagang-pedagang arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’

Syahbandar
----Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan.

Cukai rasmi
----Cukai rasmi yang sama seperti duti import yang digunakan sekarang.

Cukai tidak rasmi
----Cukai dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada sultan dan pembesar.

Surat kebenaran
----Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Melaka untuk pedagang menjalankan urusan jual-beli.

Nakhoda
----Ketua kapal atau ketua perahu,kapten kapal.

Kiwi
----Penyewa petak perahu dan juga menjalankan perniagaan serta penolong nakhoda.

Bendahara
----Perdana menteri,wazir,orang yang memegang harta benda kerajaan.

Bendahari
----Penghulu bendahari iaitu ketua kepada semua bendahari,syahbandar dan ketua urusetia istana serta pemungut hasil atau ufti.

Laksamana
----Ketua angkatan laut Melaka.

Temenggung
----Pembesar kerajaan Melayu dibawah bendahara(ketua polis)

Lingua Franca
Bahasa perantaraan (bahasa melayu) ketika berdagang di Melaka

Perang tiga segi
----Perang yang melibatkan tiga pihak iaitu Acheh,Melaka,Johor selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak berterusan.

Sogit
----Sejenis hukuman
----Dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.

Babas
----Sejenis hukuman.
----Dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan.

Kapanasan
----Sejenis hukuman.
----Dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat.

Rumah Panjang
----Kebiasaannya didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan dan Kenyah.
----Berfungsi seperti satu unit perkampungan bagi penghuninya.
----Mereka hidup seperti sebuah keluarga yang diketuai oleh tuai rumah.Tadau Kaamatan
----Perayaan menuai yang diadakan pada setiap tahun di kalangan orang Dusun/Kadazan.
----Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.
----Diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam.
----Upacara yang diadakan semasa pesta ini:
--Tarian Sumazau.
--Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik).
----Semasa pesta, petani-petani menjual hasil tanaman di tempat perayaan/di Tamu Besar.

Tuai Rumah
----Ketua yang mengetuai keluarga-keluarga yang tinggal di dalam rumah panjang
----Dipilih daripada kalangan ketua-ketua keluarga yang dihormati.
----Peranan:
--Menjaga keamanan di kawasannya.
--Menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan.
--Menetapkan bila ‘Hari Gawai’/pesta menuai dan perayaan ‘beranyi’ akan diadakan.

Perayaan Kaul
----Diraikan oleh orang Melanau bukan Islam di Mukah, Sarawak.
----Perayaan ini adalah hari pemujaan makhluk ghaib seperti ‘Ipok Kala’.
----Disambut bagi menandakan:
--Bermulanya tahun baru bagi kaum Melanau
-- Berakhirnya musim hujan.

Hari Gawai
----Disambut oleh orang Iban.
----Terdapat pelbagai perayaan Hari Gawai yang diraikan oleh masyarakat Iban contohnya:
--Gawai Batu
--Gawai Kenyalang atau Gawai Antu.
----Diadakan sebagai tanda kesyukuran bagi hasil padi yang diperoleh.
----Pada hari ini juga diadakan tarian ngajat.
----Mereka saling kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan hubungan pada Hari Gawai.
----Kini menjadi perayaan tahunan yang dirayakan setiap bulan Jun.


SURAT KEW
--Dikeluarkan pada tahun 1795
--Kandungan
- British dibenarkan menduduki kawasan Belanda sepanjang peperangan

KONVENSYEN LONDON
--Ditandatangani selepas perang napoleon tamat-1814
--British memulangkan semula kepada Belanda semua kawasan yang diduduki
--Melaka diserah kembali kepada Belanda pada tahun 1818.

NEGERI-NEGERI SELAT
--Bermula pada tahun 1826
--Gabungan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka di bawah satu pentadbiran.
--Pentadbiran
- Diketuai oleh seorang Gabenor yang tinggal di ibu negeri.
- Gabenor dibantu oleh Residen Konsular di setiap negeri.
--Ibu Negeri
- 1826-Pulau Pinang
- 1832-Singapura-
-1867-Pentadbiran NNS dipindahkan dan diletakkan di bawah- Pejabat Tanah Jajahan di London.
- Diketuai oleh Gabenor.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN
--Perubahan daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat perusahaan dan daripada pengeluaran yang dihasilkan di rumah kepada pengeluaran kilang.
--Kesan
--Bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah banyak diperlukan bagi pengeluaran barangan kilang.

DASAR CAMPUR TANGAN
--1874-British menukar dasar daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.
--Contoh dasar campur tangan British-Campur tangan British di Kedah dan Johor yang mengakibatkan pengambilan Pulau Pinang.
--Faktor-faktor:-
-Negeri-negeri Melayu kaya dengan bahan mentah.
- British bimbang Tanah Melayu akan dikuasai oleh kuasa Barat lain.
- Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 mendekatkan jarak di antara Timur dengan Barat.

RESIDEN --Wakil British yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu.
--Tugas-tugas
- Menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal adat dan agama Islam
- Melantik pegawai-pegawai British untuk memungut cukai.
- Membuat undang-undang di negeri yang dipertanggungjawabkan.

DURBAR
--Persidangan Raja-raja Melayu
--Anggota
4 orang Raja Melayu
4 orang Residen dan Residen Jeneral1897
- Durbar yang pertama di Kuala Kangsar.
- Perbincangan tertumpu pada masalah adat istiadat dan agama Islam serta kebajikan orang Melayu1903
- Durbar kedua di Kuala Lumpur.
- Raja-raja Melayu mendesak supaya kuasa mereka dikembalikan.1909
- Durbar dibatalkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
--Dikenali juga sebagai Persekutuan tahun 1896
--Dicadangkan oleh Frank Swettenham.
--Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan.
--Ketua-Residen Jeneral
--Pusat pentadbiran-Kuala Lumpur
--Tujuan
- Untuk menguatkan system pertahanan di negeri-negeri Melayu.
- Untuk menyelaraskan system pentadbiran
- Untuk menjimatkan kos pentadbiran
- Untuk mengatasi masalah kewangan di Pahang
- Untuk menyeragamkan system cukai, keadilan dan undang-undang.

--Kesan
- Perkhidmatan pakar dikongsi bersama
- Wujud kerjasama antara negeri.
- Pelaburan asing bertambah.
- Pendapatan Persekutuan bertambah

MAJLIS NEGERI SARAWAK
Tujuan
--Membawa semua ketua kaum bumiputra dalam satuperjumpaan yang besar.
--Mendengar ucapan dasar pemerintahan Raja Brooke
--Memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan
- Diadakan sekali dalam 3 tahun- 8 September 1867
-Persidangan pertama-Diadakan di Bintulu
- Kekal sehingga 1941
- Tidak mempunyai keahlian dan keahlian yang tetap

SISTEM PEWARISAN TAKHTA
Tuntutan takhta mengikut pewarisan takhta yang telah ditentukan di negeri-negeri Melayu


Sekolah Latihan
• Sekolah yang ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak ketua anak negeri.

Bunga Emas
• Pokok yang di perbuat daripada emas nilai berbeza bergantung dengan kemakmuran sesebuah negeri
• Dihadiahkan kepada Siam menjadi amalan negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu sebagai tanda persahabatan hingga 1909

Hak Wilayah Asingan
• Kuasa perundangan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada negara lain.
• Mengikut peraturan ini, rakyat negeri yang memperolehi hak ini tidak tertakluk kepada system peraturan negara yang menyerahkan hak itu.

Sistem Kangcu
• Orang Cina diberi satu surat tauliah atau dokumen lebih kenali sebagai ‘surat sungai’
• Mereka juga dibenarkan menetap dan mengusahakan di kawasan tebing-tebing sungai di Johor

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
• Negeri-negeri di bawah naungan British
• Sultan disetiap negeri diberi hak masing-masing memerintah secara berasingan

Buruh Kontrak
• Orang Cina yang bekarja di bawah buruh kontrak disediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian.
• Mereka bekerja dengan majikan tanpa gaji sehingga hutang tambang mereka datang ke tanah melayu selesai

Sistem Ibedem
• Menoreh pokok getah mengikut torehan seperti tulang ‘ikan herring’

Rancangan Sekatan Stevenson
• Dilakukan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
• Negara naungan British seperti tanah melayu dan sri langka sahaja yang menyertainya
• Diperkenalkan kerana kemelesetan ekonomi dunia.

Getah Perca
• Sejenis hasil hutan yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di dalam hutan

Sistem Kangani
• System membawa masuk buruh India untuk bekerja di lading getah di tanah melayu

Semanagat Kebangsaan
• Perasaan cintakan negara dan tanah air.

Kaum Muda
• Golongan yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan Hadis
• Golongan yang mahukan pembaharuan seperti meninggalkan amalan bukan islam
• Memodenkan fikiran umat islam supaya maju

Kaum Tua
• Golongan yang menentang idea kaum muda.
• Tidak bersetuju dangan sebarang perubahan terhadap Agama Islam di negara ini
• Berpegang kuat kepada adat dan agama.

Isnin, 29 Jun 2009

Panitia Sejarah
BAB 11 SABAH

LATAR BELAKANG SEJARAH
Berasal daripada nama sejenis pisang ’Saba’.
Mempunyai pertalian dengan kesultanan Brunei dan Sulu, Tida jenis pemerintahan iaitu Politik kesukuan, politik kesultanan dan Politik ketua bebas.
Politik kesukuan diamalkan di kawasan pedalaman
Kesultanan sulu mendapat kawasan kerana membantu menghapuskan lanun.

MASYARAKAT SABAH
Terdapat 30 Etnik – Kadazan, Bajau, Melayu-Brunei, Murut, Suluk, Sungei, Kedayan dan Bisaya.
Penduduk berdasarkan kawasan juga diamalkan,
Pesisiran Pantai – Melayu-Brunei, Bajau dan Suluk
Lembah Sungai – Pandai barat dan pedalaman barat sabah.
Pedalaman – Murut.

KEGIATAN SOSIOBUDAYA
Dipengaruhi kawasan sekeliling, peraturan., adat resan, agam dan kepercayaan.
Pendidikan secara formal -Belajar Islam, membaca al-Quran, menulis jawi.
Pendidikan Tidak formal – Pendidikan untk berikari – memanjat, memburu, bertukang, menyumpit, bersawah, menternak.
Masyarakat Sabah kaya dengan adat resam. Amalan / denda sogit, babas dan kepanasan.
Kadazan – akur dengan persekitaran
Adat Pertanian – Memuja semangat padi, pesta Menuai.
Adat Perkahwinan – Bajau diadakan pada masa bulan penuh.
Adat kematian – Murut mengamalkan mayat dalam tembikar
Masih ada yang Pagan (Tidak mempunyai) dan mengamalkan animisme.
Islam – mematuhi hukum agama, orang tua dan undang-undang etnik. (Salin Rajah MS 197)
Mempunyai kesenian budaya tersendiri, Pesta Menuai, Tamu Besar, Tarian. Muzik diperbuat daripada buluh.
Seni bina orang Sabah pelbagai dan unik, Rumah Panjang (Murut dan Rungus)

KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan ekonomi berdasarkan penempatan mereka. Pertanian Sara diri, perikanan dan perdagangan
Mengamalkan kegiatan sara diri (Pertanian, emmungut hasil laut, hasil hutan dan menangkap ikan)
Pertanian Pindah (Padi Huma) dan kekal (Padi Sawah).
Kadazandusun – Penampang, Tuaran, Papar, Ranau, Tambunan dan Keningau mengamalkan kegiatan padi huma, ubi, keledek, sayur, buah-buahan, kelapa dan menternak.
Melayu Brunei, Suluk dan Bajau – Hasil Laut.
Masyarakat Bajau Laut – penyelam, pengutip hasil laut yang mahir
Murut – Memungut hasil hutan, damar, rotan dan madu.
Memungut hasil gua – Sarang Burung layang-layang
Perdagangan – Sistem Barter, Perdagangan dengan pedagang cina menggunakan wang.
Perdagangan dijalankan di Tamu – ia juga mengeratkan hubungan dan mewujudkan semangat muhibah.

Tingkatan 1

BAB 1 (Sejarah dan Kita)
1·Sejarah membolehkan kita memahami dan pempelajari peristiwa yang telah berlaku yang berkaitan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

2.Pengertian Sejarah
oSyajaratun – pohon atau pokok / salasilah/ riwayat/ keturunan dan asal usul.
oPenyelidikan perkara yang telah berlaku
oMembicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia dan sifat-sifat masyarakat
oPenceritaan tindakan dan sebabnya
oCatatan atau rekod peristiwa yang telah berlaku

3.Ciri-Ciri Sejarah
a.Rekonstruksi – pembinaan semula untuk mendapatkan gambaran masa lalu, mengumpul dan menjalin maklumat lalu.
b. Fakta –
c. Tepat dan benar (cth:Peristiwa, tempat, took dan tarikh)
d. Tidak boleh direka atau ditambah
e. Bertanggungjawab dengan sumber dan kesahihannya
f.Penting dan bermakna
§Memberi kesan pada masa akan dating
§Mempunyai kepentingan masa hadapan
§Sambutan atau tindakan pada masa akan datang
oSebab dan Akibat
§Mencari kebenaran melalui peristiwa masa lalu
§Mengemukakan soalan (5W1H[What, Who, When, Where, Why, How])
§Perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara untuk mewujudkan kesan jangka masa panjang

4.Sumber Sejarah
oSumber pertama (Primer)
§Sumber belum diolah – kertas, fosil, artifak, keterangan lisan
§Asli dan belum ditafsir – Fail rasmi, surat peribadi, diari, manuskrip, batu bersurat
oSumber kedua (Sekunder)
§Sumber sudah diolah – Buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan
§Telah ditafsir – Ditulis semula dan telah dikaji.

5.Kaedah Pengkajian Sejarah
oKaedah Lisan
§Melalui temubual, ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan.
§Tradisi sastera – mitos, lagenda, puisi
§Kaedah
·Memilih, mentafsir dan membandingkan fakta
·Kurang sesuai – ada unsure tokok tambah, dongeng, mitos dan lagenda
·Penggunaan Alat pandang dengar – televisyen, video, cakera padat, radio, kaset
oKaedah Bertulis
§Mendapatkan maklumat daripada tulisan, lakaran atau pahatan daripada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, daun, gading dan kertas.
§Membantu memperolehi maklumat
oArkeologi
§Berdasarkan kaedah saintifik – cari gali
§Penggunaan radio karbon – mengetahui usia sesuatu tinggalan
§Pentafsiran berdasarkan pentarikhan dan budaya masyarakat

6.Pentafsiran Sejarah
oMembolehkan sejarah bermakna, berfaedah atau sebaliknya
oMenerangkan sebab dan kesan
oPerlu penyelidikan
oPentafsiran berbeza antara satu sama lain – pandangan berbeza
oSejarahwan perlu jujur dan bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan penilaian sejarah

7.Kepentingan Sejarah
oSemangat kenegaraan – bangga dengan Negara, perasaan jati diri, menyumbang kepada Negara, mempertahankan Negara, memajukan Negara, menuju masa hadapan.