Isnin, 29 Jun 2009

Tingkatan 1

BAB 1 (Sejarah dan Kita)
1·Sejarah membolehkan kita memahami dan pempelajari peristiwa yang telah berlaku yang berkaitan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

2.Pengertian Sejarah
oSyajaratun – pohon atau pokok / salasilah/ riwayat/ keturunan dan asal usul.
oPenyelidikan perkara yang telah berlaku
oMembicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia dan sifat-sifat masyarakat
oPenceritaan tindakan dan sebabnya
oCatatan atau rekod peristiwa yang telah berlaku

3.Ciri-Ciri Sejarah
a.Rekonstruksi – pembinaan semula untuk mendapatkan gambaran masa lalu, mengumpul dan menjalin maklumat lalu.
b. Fakta –
c. Tepat dan benar (cth:Peristiwa, tempat, took dan tarikh)
d. Tidak boleh direka atau ditambah
e. Bertanggungjawab dengan sumber dan kesahihannya
f.Penting dan bermakna
§Memberi kesan pada masa akan dating
§Mempunyai kepentingan masa hadapan
§Sambutan atau tindakan pada masa akan datang
oSebab dan Akibat
§Mencari kebenaran melalui peristiwa masa lalu
§Mengemukakan soalan (5W1H[What, Who, When, Where, Why, How])
§Perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara untuk mewujudkan kesan jangka masa panjang

4.Sumber Sejarah
oSumber pertama (Primer)
§Sumber belum diolah – kertas, fosil, artifak, keterangan lisan
§Asli dan belum ditafsir – Fail rasmi, surat peribadi, diari, manuskrip, batu bersurat
oSumber kedua (Sekunder)
§Sumber sudah diolah – Buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan
§Telah ditafsir – Ditulis semula dan telah dikaji.

5.Kaedah Pengkajian Sejarah
oKaedah Lisan
§Melalui temubual, ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan.
§Tradisi sastera – mitos, lagenda, puisi
§Kaedah
·Memilih, mentafsir dan membandingkan fakta
·Kurang sesuai – ada unsure tokok tambah, dongeng, mitos dan lagenda
·Penggunaan Alat pandang dengar – televisyen, video, cakera padat, radio, kaset
oKaedah Bertulis
§Mendapatkan maklumat daripada tulisan, lakaran atau pahatan daripada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, daun, gading dan kertas.
§Membantu memperolehi maklumat
oArkeologi
§Berdasarkan kaedah saintifik – cari gali
§Penggunaan radio karbon – mengetahui usia sesuatu tinggalan
§Pentafsiran berdasarkan pentarikhan dan budaya masyarakat

6.Pentafsiran Sejarah
oMembolehkan sejarah bermakna, berfaedah atau sebaliknya
oMenerangkan sebab dan kesan
oPerlu penyelidikan
oPentafsiran berbeza antara satu sama lain – pandangan berbeza
oSejarahwan perlu jujur dan bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan penilaian sejarah

7.Kepentingan Sejarah
oSemangat kenegaraan – bangga dengan Negara, perasaan jati diri, menyumbang kepada Negara, mempertahankan Negara, memajukan Negara, menuju masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan